Anggota polis trafik yang didakwa bergaduh dan memukul pemandu treler dalam kejadian pergaduhan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini, semalam dipercayai hanya mahu mempertahankan diri.<br /><br />Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, anggota polis trafik itu sudah tampil membuat laporan polis selepas insiden berkenaan berlaku.